Anda pelawat yang ke :-

03 August 2012

2 pilihan cuma 1 haluan

aku suka jarum tuh. :D

"misi" atau "nurse"
sebenarnya aku bangga berada di bidang ini. tapi untuk aku yang tergopoh-gapah,, aku rasa aku bukanlah orang yang sesuai. sebenarnya tidak mudah memikul tanggungjawab sebagai jururawat.
untuk manusia yang serba tiada seperti aku.. aku tidak layak berada di sini. kerjaya ini memerlukan ketangkasan, kecekapan, teliti dalam setiap hal.. dan ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

ok apa motif aku sebenarnya?

sebenarnya. aku selaku pelajar dalam jurusan ini.. mengaku bahawa aku sebenarnya belum bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai jururawat... meskipun aku dan rakan-rakan bakal masuk tahun akhir.

kalau aku keluar? ke manakah aku?

aku sendiri tiada hala tuju. ya. aku akan teruskan walaupun ia teramat sukar.

impian dan cita-cita aku semakin pudar dek sibuk dengan tugasan harian. aku semakin lupakan apa impian aku dan apakah rancangan aku selepas ini. 

kalau dahulu..
aku ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti. ketika itu, aku bercita-cita menjadi seorang Guru atau penulis novel. tetapi itu dahulu

sekarang..
haluan aku jauh dari impian aku. aku mula setuju,, "KITA MERANCANG DAN ALLAH TENTUKAN" sebaik mana pun perancangan kita, semua itu hanya akan berlaku dengan izin Allah. kekadang bila ditanya aku dipaksa atau aku sukarela? sebenarnya aku tidak dipaksa dan aku juga bukan secara sukarela. 

aku cuma membuat keputusan bila "majoriti" menyokong aku dengan pilihan yang ada di depan mata.

ketika itu. aku cuma ada dua. aku teruskan minat aku kerana aku capai target aku. atau aku pilih jalan yang aku tak pernah idamkan. asalkan mak dan ayah aku bahagia. aku turut bahagia.

bila mak dan ayah aku bahagia, aku turut bahagia.

tak mengapa..minat boleh dipupuk Tasya. (memujuk hati T,T) .. kalau dulu aku tak mahu berpisah dengan rakan baik aku. tapi sekarang kami memang terpisah. 

sebenarnya segalanya di luar jangkaan kini. aku semakin berhati-hati merancang. aku buang harapan aku yang sentiasa tinggi menggunung. oke fine. hidup perlu diteruskan. 

just follow the flow. aku tak tahu apa yang aku buat sekarang :')

No comments: