Anda pelawat yang ke :-

25 June 2012

pulanglah ke pangkal jalan.


please!

assalamualaikum..
ehem-ehem .. sebenarnya banyak benda yang boleh aku karangkan di sini. Tapi keadaan sentiasa membuat fikiran aku bercabang. ya atau tidak. okaylah. tak mau cakap panjang-panjang. aku nak sampaikan beberapa perkara yang membuatkan aku tersedar dan mulai sedar.


Perkara yang sudah tu sudahlah. harap jangan dikenang lagi. Aku sedaya upaya lupakan dia. Dan aku harap dia pun sedaya upaya lupakan aku. Bukan sudah tidak sudi. Tapi aku sudah ikhlas lepaskan kenangan itu pergi. Buat apa cipta impian yang terang-terang takkan jadi kenyataan. Dalam pelukan itu, aku sedar.. aku tidak akan kuat sepertinya dan dia tidak akan kuat sepertiku.. Aku faham jika dia memang tidak akan faham walaupun dia kata dia faham tentang perasaan aku. Dia takkan berada di tempat aku. Tidak mengapalah.. dah Allah tentukan jalan kita begini. Aku sebagai hambaNya hanya mampu bertahan dan bersabar. Tanpa semua ini, aku mungkin masih lalai dengan hidup aku sendiri. Apabila aku sudah mampu memaafkan. Jangan hampiri aku lagi. Kerana maaf untuk kesekian kali tidak mungkin mampu aku beri. Aku masih mampu untuk mengukir seribu senyuman walaupun sejuta keresahan bergolak di hati ini. ya. Allah beri ujian kepada aku, kerana Dia tahu aku mampu galas ujian ini, dan aku tahu.. Dia sangat sayangkan aku, mungkin Dia juga rindukan keluhan hati aku yang sudah lama menjauh darinya. terima kasih Ya Allah.

tamatlah evolusi percintaan yang tidak jelas situasinya melainkan aku,dia dan dia yang melaluinya. Kami sudah penat untuk laluinya sekali lagi. dan aku berharap, inilah yang terakhir antara kita. Pergilah..bawalah haluan masing-masing. Jangan merindui aku lagi. Aku janji.. aku tidak akan menangisi perpisahan ini lagi.

pesananku buat terakhir kalinya : tolong jagakan dia untuk aku. 

No comments: