Anda pelawat yang ke :-

01 May 2012

happy sangat bila kena tipu..






Ya Allah.. kadang-kadang tak terucap, tak tergambar sakit di hati. kenapa aku memperbodohkan diri mengharap pada yang tidak pasti. Hati dia sudah pun dimiliki. tapi.aneh..soalan yang aku sendiri tidak dapat jawab. Kenapa perlu dia pujuk hati ini sedangkan dia tahu hakikat perhubungan ini.


Dan..pada dia yang sudi menanti..maafkan aku. Bukan tidak sudi menghulur sedikit rasa di hati, cuma aku tidak sanggup mengheret kau dalam perbalahan ini. Cukup aku saja yang merasa terseksa. Cukup aku saja yang mengharap. Jangan lagi kau mengharap kerana aku tidak sanggup jika jiwa kau turut terseksa. Maafkan aku.


Sekarang. Aku lebih senang berdiam diri. hilangkan diri dari kalian. Kerana.. aku cuma tidak mahu satu pun yang tahu aku hilang ketabahan menempuh onak duri kehidupan yang kian sukar. Biar aku cari jalan hidupku sendiri. Biar aku bangkit sendiri. Membina jalan hidupku yang baru. Kerana aku tahu.. masih belum terlambat.


kau!kau! dan kau.. tidak tahu apa yang aku tahu. Tidak rasa apa yang aku rasa. Tidak susah untuk aku susahkan semua yang aku dendam. Tapi bukan cara aku untuk aku rampas kebahagiaan itu. kau berhak perolehinya. kerana aku tahu .. dulu kau lebih sukar.


jangan cuba pujuk hati ini lagi kerana kau sendiri tahu ia sudah hancur. lebih hancur dari kau sangkakan. terima kasih wahai sang cinta. kau telah bunuh hati ini. tapi tidak mengapa. aku masih punya Dia. Dia yang lebih abadi. Dia yang tidak pernah abaikan aku. Terima kasih Ya Allah.


Buka hati.buka minda. Buang rasa bersalah itu jauh-jauh. Kerana rasa kau semuanya tipu belaka. Terima kasih banyak-banyak. Aku hargai semua jasa kau untuk menjatuhkan aku. Aku tahu kau telah berusaha sedaya upaya. Teruskan. Satu hari. kau akan berada di tempat ini. Aku janji.


No comments: