Anda pelawat yang ke :-

27 April 2012

kecewa jangan panjang

    
 Siapa yang tidak inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita? Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu sampai akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan. Kita rasa dialah yang terbaik untuk kita bak kata orang bercinta "you are the answer of my prayer". Entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini?"
     Kita kecewa kerana merasakan dialah yang terbaik,terhensem,tercantik, ter.. ter..segalanyya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruh dan sepenuhnya. Ketika sia dia pergi tanpa berpaling, kita berkata "Ya Allah,kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?". Sedangkan dia sudah bina pelangi yang leih indah ketika itu. Jika masih ada iman..kita masih boleh berhenti lalu berfikir sejenak.. "Allah sentiasa bersama kita". 
     Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia TERBAIK tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti akan datang. Walaupun kiranya tidak dalam bentuk yang kita jangkakan.
     Janganlah labelkan diri dengan kata-kata seperti "aku yang tersisih" sebaliknya katakanlah "aku yang terpilih". Sedarlah Allah sentiasa mengasihi kita, sebaliknya Dialah yang sering kita sia-siakan. Cukuplah berkali-kali terpaksa menanggung bahana cinta orang yang tidak cintakan Allah. 

              

No comments: