Anda pelawat yang ke :-

27 December 2011

don't look back !

Ingin memiliki dan mencintai adalah dua perkara yang berbeza.

Disini ada dua situasi yang selalu mengelirukan hati kita.
Kenapa dan Mengapa. Tepuk dada tanya minda.
Adalah menjadi sesuatu yang berharga bila peluang kedua datang bergolek dengan begitu mudah.
 Dan adakah kita akan benar-benar menghargai? 
Jawapan hanya ada dua YA atau TIDAK.

Kasih sayang,Kesetiaan,dan  Kepercayaan lansung tidak memberi kesan seandainya itu memang bukan jodoh kita.
Namun ia hanya satu langkah sebagai tanda kita berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Namun tidak perlu dicaci pada yang curang. 
Fahamilah! Mungkin dia sedang mencari sesuatu yang lebih baik. 
Walaupun "YA aku tidak layak untuk kau. carilah seseorang yang layak untuk bertahta di hati itu"

NOPE! dia sendiri pun mencari sesuatu yang lebih baik masakan kita pula terlalu baik? tolongla! 
Jangan ambil dan telan begitu mudah.
Dan cakap .. "Dia tinggal aku sebab dia rasa tidak layak untuk aku. TIPU ! tipu belaka.
Aku akui, memang wujud cinta yang begitu agung sehingga sanggup melepaskan cintanya untuk orang lain..
Tetapi berapa sangat la yang ada.

Ada orang berpendapat.. 
Jika ada lelaki yang meluahkan kata-kata cinta, jangan terus percaya dan terus berharap.
Kerana belum tentu dia benar-benar maksudkannya.
Memang betul dan aku sangat setuju.
Percayalah ia benar-benar menyakitkan.

Bila cinta terputus di tengah jalan. 
Kita pasti berharap dia akan kembali pada kita walaupun cinta itu sudah tiada di hatinya. 
Apatah lagi apabila kenangan yang sering saja menghantui. 
Itu bukan cinta lagi wahai sayangku. 
YA. kenangan di saat pertama kali jatuh cinta sangatlah indah. 
Tetapi,kenangan saat ditinggalkan? Masih indah? 
Kenapa hanya ingat pada yang indah untuk teruskan kehidupan dan  lupa bagaimana saat ditinggalkan 
Dan bukankah itu boleh dijadikan panduan hidup?

Renungkan

Bila dia kembali..Apakah akan sama seperti dahulu? 
Dan ketika itu, hati itu akan lebih sakit.
Percayalah..
Cinta untuk kali pertama dan kedua pada orang yang sama..TERAMATLAH BERBEZA..
Untuk kali pertama..
YA itu cinta. 
Tetapi untuk kali kedua 
TIDAK! itu bukan lagi cinta..
cuma RASA..
Rasa hanya INGIN MEMILIKI. 
Berhentilah sakitkan hati itu, kerana kita cuma punya 1 hati untuk seumur hidup. Apa kata kita jaga ia sebaik yang mungkin :)

Ini hanya sekadar pendapat. Apa pun yang berlaku... ingatlah..tiada cinta yang lebih indah selain cinta kita pada Allah.

salah satu alasan besar mengapa kita tidak bahagia adalah mengaharapkan kebahagiaan yang terlalu besar :) chill 

No comments: