Anda pelawat yang ke :-

15 November 2012

Teruskan dan berkorban

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku menghilang. Mungkin ini kali terakhir juga aku menulis perihal hati aku yang semakin sunyi daripada berita gembira.

Nak dikatakan hidup aku senantiasa dipenuhi duka. Tidak sampai ke tahap tu lagi..
Nak dikatakan aku menyepi kerana hidup aku semakin pulih pon tak.
Pendek kata semuanya sedang-sedang saja. Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan untuk aku bernafas di dunia fana ini.

Hidup aku semakin tenggelam dari arus teknologi. Aku tidak punya twitter,instagram,tagged, etc..
Tapi bukanlah aku tidak mahu terus maju atau tidak tahu menahu cara penggunaannya.
Jujur aku katakan. Aku semakin selesa hidup di dunia sendiri.

Aku cuma mahu bertanya.
Masihkah sudi meneruskan percintaan dengan orang yang tidak pernah kita cintai?
Apa lagi ia sudah mencapai tahap serius?
Masihkah sudi kalian menahan hati dari terus membukanya untuk seseorang yang mustahil kalian cintai?
Masih sudi?
Sudi lagikah hati itu terus menanti pada yang tidak sudi dan tidak pasti menjadi milik kalian?

Ya, aku sudi.
Gilakah? Ya. Kerana aku percaya. Allah sentiasa adil untuk hambanya yang sentiasa meminta daripadanya. Ya aku percaya. Cinta dan bahagia milik aku jua suatu hari nanti. Walaupun air mata sentiasa menjadi peneman di saat mereka sudah pun melakar hari bahagia bersama yang lain. Aku masih ikhlas meneruskan penantian yang menyiksakan.

Aku semakin sudi menanti apabila hati aku memang sukar menerima yang lain.

Semakin aku mahu memiliki. Semakin aku berkasar. Bila dia minta untuk pergi dari hidup aku. Aku nak dia terus pergi. Hilang jauh dari pandangan mata aku. Walaupun jauh di sudut hati. Tidak pernah terlintas sesaatpun untuk melepaskannya. Hanya Allah yang mengerti perasaan aku.

Sumpah aku semakin lelah dengan helah gelak tawa aku. Aku sebenarnya tak pernah gembira. Astagfirullah.. Ya Allah. Tuntunilah langkah aku.

Semoga mereka tidak pernah membaca ini atau.. Bila mereka membacanya.. Ia sudah terlambat untuk kembali ..

Doakan aku bahagia walaupun tidak bersamanya. Allah.

1 comment:

Unknown said...

InsyaALLAH..kak doakan agar kamu bahagia..:)